MEXICO CITY: Lewis Hamilton muncul pelumba ketiga dalam sejarah perlumbaan Formula Satu (F1) meraih gelaran juara dunia lima kali, walaupun pesaingnya, Max Verstappen memenangi saingan Grand Prix (GP), Mexico, awal pagi tadi.
Pelumba Britain berusia 33 tahun ini menyamai rekod pencapaian legenda Argentina, Juan Manuel Fangio dan kini, hanya juara tujuh kali, Michael Schumacher yang mengatasi rekod pencapaian kedua-dua pelumba berkenaan.
Sebelum ini, Hamilton dinobatkan selaku juara dunia pada edisi ke 2008, 2014, 2015 dan 2017.
Info: Senarai juara dunia F1
1. Michael Schumacher (Jerman): 7 kali
1994 (Benetton-Ford),
1995 (Benetton-Renault),
2000, 2001, 2002, 2003 dan 2004 (Ferrari)
2. Juan Manuel Fangio (Argentina 1911-1995): 5 kali
1951 (Alfa Romeo),
1954 (Maserati/Mercedes-Benz),
1955 (Mercedes-Benz),
1956 (Ferrari)
1957 (Maserati)
3- Lewis Hamilton (Britain): 5 kali
2008 (McLaren-Mercedes),
2014, 2015, 2017 dan 2018 (Mercedes)
4. Sebastian Vettel (Jerman): 4 kali
2010, 2011, 2012, 2013 (Red Bull-Renault)
5- Alain Prost (FRA): 4 kali
1985, 1986 (McLaren-Tag Porsche),
1989 (McLaren-Honda)
1993 (Williams-Renault)
6. Ayrton Senna (Brazil 1960-1994): 3 kali
1988, 1990 dan 1991 (McLaren-Honda)
7- Nelson Piquet (Brazil: 3 kali
1981 (Brabham-Ford),
1983 (Brabham-BMW)
1987 (Williams-Honda)
8- Niki Lauda (AUT): 3 kali
1975, 1977 (Ferrari)
1984 (McLaren-Tag Porsche)
9-Jackie Stewart (Britain): 3 kali
1969 (Matra-Ford),
1971 dan 1973 (Tyrrell-Ford)
10 - Jack Brabham (Australia) 1926-2014): 3 kali
1959, 1960 (Cooper-Climax)
1966 (Brabham)