arena

Ianni didenda RM31,800

Oleh AFP

LONDON: Penolong jurulatih Chelsea Marco Ianni didenda 6,000 pound (RM31,885) oleh Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) selepas tindakannya meraikan jaringan pasukan di hadapan pengendali Manchester United Jose Mourinho.

Ianni, yang bertugas sebagai salah seorang pembantu pengurus Chelsea Maurizio Sarri, mencetus kekecohan di luar padang selepas dia meraikan gol penyamaan Ross Barkley ketika Chelsea seri 2-2 menentang United di Stamford Bridge pada 20 Oktober lalu.

"Jurulatih Chelsea Marco Ianni didenda 6,000 pound selepas dia mengaku terhadap dakwaan salah laku oleh FA. Ia berkenaan tingkah lakunya pada minit ke-96 permainan menentang Manchester United pada 20 Oktober 2018,” kata FA dalam satu kenyataan.

FA turut mengingatkan Mourinho, Chelsea dan United tentang tanggungjawab mereka susulan insiden terbabit.

Mourinho berang dengan tindakan Ianni meraikan jaringan Barkley di hadapan bangku simpanan United, menyebabkan bekas bos Chelsea itu bingkas bangun dari kerusinya dan mengejar jurulatih dari Itali itu sehingga ke dalam terowong.

Mourinho menerima permohonan maaf daripada Ianni dan Sarri dan pengendali United itu menganggap perkara berkenaan sudah selesai.

Namun FA membuka prosiding disiplin dan mendenda Ianni.  

Disiarkan pada: October 31, 2018 @ 8:06am
d