arena

Zaha terima ancaman perkauman

Oleh AFP

LONDON: Wilfried Zaha mendakwa dia menerima tohmahan serta ancaman berbaur perkauman termasuk terhadap keluarganya, selepas memenangi penalti kontroversi ketika Crystal Palace terikat 2-2, dengan Arsenal, Ahad lalu.

Penyerang Palace itu dijatuhkan oleh Granit Xhaka di hujung aksi Liga Perdana Inggeris itu, sebelum Luka Milivojevic menyudahkan penalti untuk menamatkan rentak kemenangan bersih 11 perlawanan The Gunners.

Sebaik aksi berkenaan tamat, pemain tengah bertahan Arsenal, Xhaka berkata, ia memang sepatutnya penalti.

Namun, peminat di media sosial berterusan menuduh bintang Ivory Coast berkenaan menjatuhkan badan disebabkan dia pernah beberapa kali terpalit dengan kontroversi seumpama itu.

Bagaimanapun, Zaha turut menggunakan media sosial untuk mempertahankan diri termasuk mendedahkan di laman Instagram miliknya - ancaman perkauman itu semakin menjadi-jadi.

“Bagi semua orang yang bersikap perkauman dan mendoakan kematian buat keluarga saya, saya mendoakan yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.

“Kehidupan saya masih baik walaupun terus dibenci oleh anda semua.”  

 

Disiarkan pada: October 31, 2018 @ 11:12am
d