arena

Lorenzo, Dovizioso 'sempoi'

Oleh Fadhli Ishak dan Sukhairi Thani

SEPANG: Pelumba Ducati, Jorge Lorenzo dan Andrea Dovizioso meluangkan masa bersama peminat biarpun jadual mereka agak padat bagi mengharungi perlumbaan Grand Prix Malaysia, hari ini.

Sebaik saja sesi latihan hari pertama bagi kelas MotoGP tamat, dua pelumba itu meluangkan masa bersama pemilik Ducati dan juga pemenang bertuah dalam pertandingan Ducati Ride & Win.

Pemenang Desmo Race 2018 yang dianjurkan Julai lalu turut hadir pada sesi eksklusif itu dan diberi peluang bergambar dengan pasukan Ducati Corse.

Desmo Race 2018 dianjurkan Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) membuka penyertaan kepada semua pemilik Ducati 848, Panigale 899 dan 959, 1098, 1198, Panigale 1199, 1299 dan Panigale V4 untuk menggunakan potensi jentera mereka.

Awal bulan lalu, Ducati Malaysia turut menganjurkan pertandingan Ducati Ride & Win dengan menyediakan hadiah seperti tiket grandstand dan hillstand untuk GP Malaysia.

Disiarkan pada: November 2, 2018 @ 8:14pm
d