arena

Martin juara Moto3

SEPANG: Jorge Martin memuktamadkan gelaran juara dunia untuk kelas Moto3 di Grand Prix (GP) Shell Malaysia, sebentar tadi.

Pelumba pasukan del Conca Gresini Moto3 itu menemui garisan penamat dengan catatan terpantas 38 minit 34.799 saat untuk bergelar juara dunia dengan 240 mata keseluruhan.

Dua pelumba Leopard Racing, Lorenzo Dalla Porta dan Enea Bastianini masing-masing berada di tangga kedua dan ketiga. Pelumba negara, Adam Norrodin menamatkan saingan di tempat ke-23 selepas bermula dari hentian pit.

Disiarkan pada: November 4, 2018 @ 12:17pm
d