arena

DeChambeau cemerlang di Las Vegas

Oleh Reuters

LOS ANGELES: Bryson DeChambeau meledak eagle pada pusingan akhir Terbuka Shriners Hospitals For Children Open di Las Vegas untuk muncul juara dengan kelebihan satu pukulan.

Terikat dengan juara bertahan Patrick Cantlay, DeChambeau melakukan putt dari jarak 18 meter di lubang 16 yang membantunya mencatat pusingan 66 dan 21 bawah par 236 keseluruhan.

Cantlay (pusingan 65) di tempat kedua dengan Sam Ryder (62) ketiga, dan Rickie Fowler (63) terikat di tempat keempat pada 17 bawah par.

DeChambeau, 25, akan melonjak ke tangga kelima dunia selepas merangkul gelaran Jelajah PGA kelimanya  dan yang keempat tahun ini.

“Saya datang ke sini untuk menggilap kembali permainan. Saya berjaya bermain dengan baik,” kata DeChambeau. “Walaupun bukan putt terbaik saya tetapi ia sudah mencukupi. Saya bangga dengan pencapaian ini.”

Juara major tiga kali Jordan Spieth mencatat 72 pukulan pada pusingan terakhir untuk menamatkan kejohanan 14 pukulan di belakang juara.  

 

Disiarkan pada: November 5, 2018 @ 3:01pm
d