arena

Djokovic nombor satu

Oleh AFP

PARIS: Novak Djokovic secara rasminya kembali memegang status sebagai pemain tenis lelaki nombor satu dunia selepas berjaya memintas Rafael Nadal, hari ini.

Bintang Serbia itu tewas di tangan Karen Khachanov dalam aksi final Paris Masters, Ahad lalu, namun tetap berjaya merampas kedudukan itu selepas kali terakhir melakukannya dua tahun lalu.

Kebangkitan Djokovic itu hadir hanya lima bulan selepas dia tergelincir ke kedudukan ke-22 dunia - ranking terendahnya dalam tempoh 12 tahun.

Khachanov turut menerima ganjaran di atas kemenangan mengejutnya apabila melonjak tujuh anak tangga ke kedudukan ranking ke-11 dunia.

INFO: RANKING ATP

1. Novak Djokovic (SRB) 8045 mata (+1)

2. Rafael Nadal (ESP) 7480 (-1)

3. Roger Federer (SUI) 6020

4. Juan Martín Del Potro (ARG) 5300

5. Alexander Zverev (GER) 5085

6. Kevin Anderson (RSA) 4310

7. Marin Cilic (CRO) 4050

8. Dominic Thiem (AUT) 3895

9. Kei Nishikori (JPN) 3390 (+2)

10. John Isner (USA) 3155 (-1)

 

Disiarkan pada: November 5, 2018 @ 9:20pm
d