arena

Romeo tak menyepak macam bapanya...

Oleh DM

SELEBRITI dan pereka fesyen, Victoria Beckham membina gelanggang tenis rumput tiruan berharga £30,000 (RM163,000) untuk kegunaan anak lelakinya berusia 16 tahun, Romeo berlatih.

Gelanggang itu dibina dalam kawasan rumah ladang mewah miliknya bersama suaminya, bekas bintang bolasepak England, David Beckham berharga £6j (RM33 juta) di Cotswolds, England.

Perancangan mewujudkan gelanggang itu dimulakan Mei lalu menerusi kerjasama arkitek Michael Ergatoudis yang bertanggungjawab mereka landskap kawasan Oxfordshire.

Projek hampir siap sepenuhnya selepas kawasan itu dibangunkan semula, termasuk untuk tujuan tanaman pokok buah-buahan dan sayur-sayuran.

Victoria, bekas anggota Spice Girl, 44, berhasrat menjadikan Romeo sebagai 'David Beckham dunia tenis'.

Malah, anaknya yang berbakat besar pernah mengikuti latihan bersama beberapa pemain berprestij antarabangsa.

“David memberi dorongan penuh untuk menjadikan Romeo pemain bintang tetapi ibunya, Victoria menjadi nadi penggerak ke arah usaha itu.’

Apabila berada di London, Romeo bermain di kelab tenis elit Queen dan Victoria sanggup mengeluarkan belanja sebanyak £12,000 (RM65,000) semata-mata mempercepatkan proses itu berikutan senarai menunggu yang begitu panjang.

Romeo sebelum ini mendapat bimbingan asas daripada pemain British No 2 Kyle Edmund.

Dia juga pernah mendapat tunjuk ajar pemain tenis No 1 dunia, Simona Halep dan ranking kedua dunia, Caroline Wozniacki.

Disiarkan pada: November 5, 2018 @ 11:08pm
d