arena

Bale umpama tiada arah

Oleh AFP

MADRID: Meksipun memuji Gareth Bale, ketua jurulatih sementara Real Madrid,  Santiago Solari tetap memutuskan untuk mengeluarkan pemain itu pada minit ke-71 ketika bertemu Real Valladolid, Sabtu lalu.

Pengganti Bale ketika itu adalah Vinicus Junior, pemain berusia 18 tahun yang dilihat dapat memberi impak besar kepada pasukan apatah lagi selepas menjaringkan gol kemenangan ke atas Valladolid.

Situasi terbaru itu jelas memberi ancaman kepada Bale menjelang kunjungan ke Viktoria Plzen pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis ini.

Bale bermula baik awal musim ini apabila apabila meledak empat gol serta membantu menjadi arkitek kepada dua gol daripada enam perlawanan pertama.

Bagaimanapun selepas berdepan kecederaan selain tidak sehaluan dengan jurulatih ketika itu, Julen Lopetegui, ia menjejaskan rentak permainnya.

Dalam sembilan perlawanan terakhir, Bale sudah dikeluarkan sebanyak tujuh kali dengan lima daripadanya ketika pasukannya ketinggalan gol. Satu daripadanya ketika seri tanpa jaringan dengan Atletico Madrid.

“Bale pasti akan jaringkan gol dan penyokong akan meraikannya,” kata Solari.

“Orang mula meminati Vinicius tetapi masih banyak lagi kelemahannya yang perlu di atasi. Dia perlu lebih bersikap matang,” Solari.

Namun Solari mempunyai pilihan lebih baik, iaitu menurunkan bintang sedang meningkat naik dari Brazil itu bersama-sama Bale di jentera serangan berbanding mengeluarkan salah satu antara mereka.

Solari pula tahu dengan menewaskan Plzen atau sekurang-kurangnya seri menentang Celta Vigo minggu ini mampu menyelamatkan jawatannya sehingga penghujung musim ini. Untuk itu dia perlukan lebih banyak jaringan, dan Bale.

Disiarkan pada: November 6, 2018 @ 1:00pm
d