arena

Gunners, Spurs dan City intai Under

Oleh Agensi

LONDON: Pemain sayap AS Roma, Cengiz Under dilapor lebih berminat untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris sekiranya membuat keputusan meninggalkan Itali.

Under ketika ini sedang diintai beberapa kelab Liga Perdana seperti Arsenal, Tottenham Hotspur dan Manchester City yang berminat mendapatkan khidmatnya.

City dikatakan sudah lama memasang impian membawa Under ke Stadium Etihad sejak pemain itu beraksi bersama Basaksehir tetapi gagal menandatanganinya selepas dia memilih Roma.

Kelab Serie A itu mampu memberi jaminan kepada Under untuk beraksi dalam skuad utama berbanding City yang merancang untuk meminjamkannya ke Freiburg.

Beberapa kelab Jerman dan Sepanyol turut berminat mendapatkan khidmatnya tetapi keutamaan Under adalah berpindah ke England.

Pemain berusia 21 tahun itu bagaimanapun masih belum membuat keputusan sama ada akan berpindah ketika jendela perpindahan pemain Januari depan atau sebaliknya.

Under ketika ini gembira bersama Roma dan mahu menghabiskan aksinya bersama kelab itu hingga hujung musim ini.

Disiarkan pada: November 7, 2018 @ 12:27pm
d