arena

Gaji tinggi jejas peluang dapatkan Nasri  

Oleh Agensi

LONDON: Perpindahan Samir Nasri ke West Ham mungkin tidak menjadi kenyataan semalam ketika pemain tengah Perancis itu berkeras mengenai gajinya.

Pemain berusia 31 tahun tanpa kontrak itu berada di London selepas ujian perubatan dan bersetuju untuk menandatangani perjanjian enam bulan dengan pilihan untuk menyambungnya setahun lagi.

Namun kelab berkenaan keberatan membayar permintaan gaji £95,000 (RM512,000) seminggu dan perbincangan semakin rumit apabila kelab tidak dinamakan dari China menunjukkan minat untuk mendapatkan Nasri musim panas depan. 

Pemain itu tahu dia boleh mendapatkan lebih banyak wang di China.

Pengurus kelab, Manuel Pellegrini yang bekerjasama dengan Nasri di Manchester City, terdesak mendapatkan pemain itu selepas barisan penyerang pasukannya dilanda kecederaan.

West Ham meminta Nasri menerima gaji asas lebih rendah kerana dia tidak bermain selepas digantung selama 18 bulan kerana penggunaan dadah.

Nasri kali terakhir bermain buat kelab Turki, Antalyaspor, boleh berlatih dengan kelab tetapi tidak boleh bermain sehingga Januari. 

Dia dikatakan dua bulan ketinggalan dalam aspek kecergasan untuk bermain.

Sumber melaporkan Nasri meletakkan dirinya berisiko untuk tidak diberikan kontrak oleh West Ham.

Disiarkan pada: November 13, 2018 @ 11:33am
d