arena

'Terima kasih Cole'

Oleh Agensi

LONDON: Bintang Chelsea, Eden Hazard mendedahkan Joe Cole orang yang bertanggungjawab meyakinkan dia menyertai kelab itu. Cole mengumumkan persaraannya pada usia 37 tahun semalam.

Bekas pemain tengah itu memulakan karier bola sepak profesional di West Ham sebelum menyertai Chelsea selama tujuh tahun.

Dia juga beraksi bersama Liverpool, Lille, Aston Villa, Coventry City dan mempunyai 56 kap bersama England di antara 2001-2010.

Hazard dan Cole beraksi bersama di Lille selama setahun sebelum pemain antarabangsa Belgium itu berpindah ke England pada 2012 dengan harga £32 juta (RM134 juta).

“Saya bercakap kepadanya sebelum menyertai Chelsea,” kata Hazard dalam Twitter kelab, awal pagi tadi.

'Setiap hari dia memberitahu saya bahawa Chelsea adalah kelab terbaik untuk saya. Menurutnya Chelsea adalah kelab besar yang boleh menunaikan impian anda menjulang trofi setiap musim. Untuk itu saya bersetuju menyertai Chelsea. Terima kasih Joe Cole!”

Sebelum mengumumkan persaraan Cole beraksi dua setengah tahun di Amerika Syarikat bersama kelab Tampa Bay Rowdies dalam Liga Bolasepak United.

Disiarkan pada: November 14, 2018 @ 11:11am
d