arena

Penalti Neymar buat Uruguay berang 

Oleh AFP

LONDON: Neymar tenang meledak penalti kontroversi bagi membantu Brazil melakar kemenangan 1-0 mengatasi Uruguay dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.

Kapten Brazil itu menjadi kerap menjadi mangsa kekasaran pemain lawan dalam pertemuan tegang di Stadium Emirates.

Namun penyerang Paris Saint-Germain itu berjaya meledak jaringan pada penghujung separuh masa kedua selepas kekasaran Diego Laxalt ke atas Danilo sekali gus jaringan antarabangsa ke-60 buat bintang Brazil itu.

Brazil kini tidak tewas dalam 10 perlawanan menentang Uruguay yang tidak pernah menewaskan juara dunia lima kali itu sejak 2001.

Brazil mempersiapkan pasukan untuk menghadapi Copa America tahun depan akan berdepan Cameroon dalam satu lagi aksi persahabatan di Milton Keynes pada awal pagi Rabu nanti.

Ia adalah aksi terakhir tahun ini selepas merekodkan lima kemenangan berturut-turut dalam aksi persahabatan sejak tersingkir di suku akhir Piala Dunia apabila ditundukkan Belgium 2-1.

Neymar memaksa Martin Campana bertindak cemerlang selepas melakukan sepakan rendah. Dia seharusnya membuka jaringan apabila menyambut hantaran silang Filipe Luis namun percubaan jarak dekatnya ofside.

Uruguay sukar untuk mengimbangi lawan dan juara dunia dua kali itu hampir mendahului pada minit ke-23 menerusi penyerang Barcelona, Luis Suarez yang melepaskan rembatan namun dinafikan Alisson Becker.

"Perlawanan ini tidak mudah. Uruguay pasukan yang kuat dan kompetitif,” kata pemain tengah Brazil, Walace. “Tetapi kami sabar dan kami memang berhak dapat penalti.”

Disiarkan pada: November 17, 2018 @ 7:46am
d