arena

Federer tak marah

Oleh AFP

LONDON: Roger Federer berharap emosi pengutip bola yang terlepas bola ketika saingan kemuncak separuh akhir tenis ATP Final tidak terganggu - menyaksikan dia tewas kepada Alexander Zverev, awal pagi tadi.

Pemain dari Jerman, Zverev menang dengan keputusan 7-5, 7-6 (7/5), namun saingan di 02 Arena itu dibayangi dengan insiden yang luar biasa.

Zverev berhenti bermain ketika berbalas pukulan dengan Federer yang mendahului 4-3 dalam tie-break set kedua, selepas kesilapan pengutip bola, sekali gus aksi bagi mata itu terpaksa dimulakan semula.

Zverev menang mata itu menerusi pukulan ace dan mendahului 5-4, sebelum kesilapan Federer dijaring membolehkan lawan dua kali meraih peluang memenangi perlawanan.

Sejurus tamat perlawanan, penyokong Federer mengejek dengan wartawan lapangan, Annabel Croft meminta mereka supaya lebih menghormati Zverev yang bermain mengikut peraturan ditetapkan.

“Saya ingin memohon maaf susulan situasi di tie-break,” kata pemain Jerman itu.

“Pengutip bola terjatuh bola dan kami perlu menghentikan perlawanan mengikut peraturan ditetapkan.”

Federer, yang memburu gelaran ketujuh di penghujung musim, menjelaskan tindakan Zverev untuk menghentikan perlawanan memberi impak yang besar namun tidak menyalahkannya.

Federer berkata, pengutip bola mengesahkan dia terlepas bola dalam gengaman.

“Ia OK, tiada masalah, perkara seperti ini berlaku,” jelas pemain Switzerland itu.

“Semuanya bagus. Saya berharap tidurnya tidak terganggu. Akhirnya ia bukan perkara yang besar.

“Saya tidak marah kepadanya,” katanya. “Semua bagus daripada pihak saya.”

Disiarkan pada: November 18, 2018 @ 11:29am
d