arena

Sepanyol elak tewas

Oleh Agensi

MADRID: Sepanyol mahu mengelak badi kekalahan berterusan apabila dijadual menentang lawan dari Balkan buat kali kedua dalam tempoh empat hari.

Skuad La Roja tewas 2-3 kepada Croatia di Zagred dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah beberapa hari lalu.

Kekalahan itu menyaksikan mereka perlu menanti keputusan aksi England menentang Croatia untuk layak ke pusingan kalah mati, ketika Sepanyol bersedia untuk aksi persahabatan menentang Bosnia-Herzegovina di Las Palmas, pagi esok.

Sepanyol tewas dua kali berturut-turut buat kali pertama sejak Euro 2016 dan melepaskan gol dalam enam daripada tujuh perlawanan terakhir di semua pertandingan.

Bosnia pula sudah mengesahkan tempat ke Liga A, mengharungi sembilan perlawanan tanpa tewas, walaupun sekadar meledak sembilan gol sepanjang tempoh itu.

Sepanyol akan turun tanpa kehadiran kapten Sergio Ramos akibat kecederaan.

Bek tengah Real Madrid itu tidak berada dalam keadaan terbaik, disusuli pengumuman pasukan menerusi laman sosial Twitter dengan Ramos akan meninggalkan pasukan untuk aksi persahabatan itu.

Pengendali Sepanyol, Luis Enrique mungkin akan menggantikannya dengan Cesar Azpilicueta, seorang daripada lapan pertahanan yang berada dalam skuad.

Kepa Arrizabalga dijangka menggantikan penjaga gol Manchester United, David de Gea dan pertahanan tengah Espanyol, Mario Hersomo mungkin diberikan peluang tampil buat kali pertama.

Bosnia akan diketuai Edin Dzeko yang kini menghampiri penampilan ke-100, manakala pemain seperti Sead Kolasanic (Arsenal) dan Asmir Begovic (Bournemouth) tiada dalam skuad.

 

 

Disiarkan pada: November 18, 2018 @ 1:25pm
d