arena

Luiz gigih pikat Sarri

Oleh Agensi 

LONDON: David Luiz tampak bersemangat untuk terus menambat hati Maurizio Sarri tatkala Chelsea mula mempersiapkan diri mengharungi pertembungan getir jiran tetangga berdepan Tottenham, Sabtu ini.

Ia terbukti apabila pertahanan Brazil itu meraikan dengan penuh bersemangat jaringan yang dilakukan dalam sesi latihan di pusat latihan Chelsea di Cobham, awal pagi tadi.

Difahamkan, pertahanan berusia 31 tahun itu mahu terus kekal bersama the Blues dengan menandatangani kontrak baharu selepas makin mendapat kepercayaan Sarri.

“Ia bukan hanya mengenai aspek fizikal tetapi juga dari segi mental,” kata Sarri kepada Gazzetta Dello Sport.

“David Luiz (amat) mengejutkan saya dengan kemampuan dan kebijaksanaannya dalam padang.”

Luiz pada awalnya bebas untuk mencari kelab baharu bermula Januari depan, namun dipercayai perbincangan untuk mengekalkannya di London akan dimulakan tidak lama lagi.

Polisi Chelsea ketika ini adalah hanya menawarkan kontrak selama setahun bagi pemain yang berusia lebih 30 tahun, bermakna pemain seperti Cesc Fabregas, Gary Cahill, Olivier Giroud dan Willy Caballero senasib dengan Luiz.

Disiarkan pada: November 22, 2018 @ 9:12am
d