arena

Gaji Smalling naik

Oleh Agensi

LONDON: Manchester United tak rela kehilangan Chris Smalling apabila bakal mengadakan rundingan mengenai kontrak dalam usaha mengekalkan pemain pertahanan itu di Old Trafford.

Gaji Smalling £80,000 (RM427,000) seminggu tamat pada musim panas dan dijangka dinaikkan sehingga mencecah £120,000 (RM640,000) seminggu.

United mempunyai pilihan melanjutkan tempoh 12 bulan kontrak Smalling tetapi kelab dijangka memilih terma baru sebelum penghujung musim ini.

Masa depan barisan pertahanan tengah United - Smalling, Eric Bailly, Phil Jones, Marcos Rojo dan Victor Lindelof dalam kesamaran untuk beberapa ketika dengan Jose Mourinho mendedahkan rancangannya untuk memperkasakan bahagian itu.

Tetapi Smalling yang berusia 29 tahun hari ini muncul pertahanan United paling konsisten selepas bergandingan dengan Lindelof dan Mourinho berhasrat mengekalkannya.

Smalling seorang daripada lapan pemain selain David de Gea, Anthony Martial, Antonio Valencia, Jones, Matteo Darmian, Andreas Pereira dan James Wilson yang mempunyai pilihan lanjutan tempoh 12 bulan apabila kontrak mereka tamat pada musim panas.

Bagaimanapun Juan Mata, Ander Herrera dan Ashley Young akan menjadi ejen bebas jika mereka tidak bersetuju dengan terma baru.

Herrera tidak gembira dengan tawaran United yang hanya menaikkan sedikit gajinya yang bernilai £75,000 (RM400,000) seminggu.

Disiarkan pada: November 22, 2018 @ 9:54am
d