arena

Aksi Barca, Spurs tanpa Suarez

Oleh AFP

BARCELONA: Luis Suarez berdepan cabaran untuk kembali cergas untuk saingan terakhir Barcelona dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara bertemu Tottenham selepas kelab itu mengesahkan hari ini dia mengalami kecederaan lutut.

Barca sudah layak ke pusingan kalah mati tetapi pertemuan mereka menentang Spurs awal pagi Khamis ini boleh menentukan pasukan mana berkedudukan kedua Kumpulan B.

Suarez mungkin akan diketepikan sekitar dua minggu, bermakna dia juga akan terlepas saingan di tempat lawan menentang PSV Eindhoven.

Menerusi kenyataan kelab itu: “Dia akan mengikuti terapi biologi dengan ‘stem cells’ sebagai rawatan rasa kurang selesa di lutut kanan dan akan berehat sekitar dua minggu.”

Philippe Coutinho dan Ivan Rakitic disenaraikan ke dalam skuad selepas kedua-duanya pulih daripada kecederaan.

Arthur Melo, Sergi Roberto (hamstring) dan penjaga gol simpanan, Jasper Cillesen (hamstring) juga tidak bersama skuad ke Belanda bersama Rafinha yang memerlukan pembedahan kerana kecederaan ligamen.

Disiarkan pada: November 26, 2018 @ 10:46pm
d