arena

Alonso gegar Daytona

Oleh Reuters

LONDON: Juara dua kali Formula Satu (F1), Fernando Alonso dijadual bakal kembali ke Daytona pada Januari ini untuk satu lagi persaingan mencabar di perlumbaan endurance 24 Jam Rolex.

Alonso pernah bersaing bersama United Autosports tahun lalu, sebuah pasukan dimiliki boss McLaren, Zak Brown sebelum menyertai saingan 24 Jam Le Mans bersama Toyota.

Dia menamatkan kariernya dalam F1 pada perlumbaan penutup musim 2018 di Grand Prix (GP) Abu Dhabi, Ahad lalu.

"Kembali ke Amerika Syarikat sentiasa menjadi sesuatu yang istimewa. Atmosfera dicipta penyokong sepanjang minggu di sana memang unik," kata pemandu dari Sepanyol itu.

"Saya amat berharap dapat bersaing untuk mencari kemenangan, selain daripada menikmati saingan."

Pemandu endurance dunia Toyota, Kamui Kobayashi bakal menyertai Alonso pada 26 dan 27 Januari ini dan mereka dijadualkan menyertai perlumbaan Indianapolis 500, Mei nanti.

Disiarkan pada: November 28, 2018 @ 8:00am
d