arena

Mustahil gagal mara: Ancelotti

Oleh AFP

ROME: Jurulatih Napoli, Carlo Ancelotti menyifatkan pasukannya mungkin 'bodoh' sekiranya mereka gagal melangkah mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara, musim ini.

"Pada peringkat ini, jika kami tidak layak, kami mungkin bodoh, Ya, bodoh," kata pengendali juara tiga kali Piala Eropah itu.

Ketika ini, kelab Serie A, Itali itu berada di kelompok teratas Kumpulan C dan berkongsi enam mata dengan Liverpool, tetapi dibezakan dengan perbezaan jaringan.

Kedua-dua pasukan itu kini berkelebihan satu mata di depan Paris Saint-Germain (PSG) selepas mengharungi empat perlawanan.

Napoli belum lagi ditewaskan dalam kejohanan tahun ini dan bakal melayan kunjungan penghuni tangga keempat kumpulan, Red Star Belgrade awal pagi esok sebelum berkunjung ke Anfield, bulan depan.

Empat mata daripada kedua-dua pertembungan itu mungkin membantu pasukan kendalian Ancelotti untuk berada di kelompok dua pasukan teratas kumpulan untuk layak ke pusingan 16 terbaik.

"Kami berada dalam keadaan yang sangat bagus di peringkat kumpulan. Ia hampir pasti (layak).

“Apa yang kurang hanyalah 'ceri di atas kek' yang mungkin kami dapat dalam dua perlawanan terakhir kami," katanya.

Disiarkan pada: November 28, 2018 @ 1:56pm
d