arena

'Saya sama macam Pique'

Oleh Agensi

PARIS: Bek Ajax, Matthijs de Ligt mengakui dia begitu hampir dengan gaya permainan Gerard Pique dan menegaskan kelab dari Belanda itu juga beraksi sama seperti gergasi dari Sepanyol, Barcelona.

Pemain berusia 19 tahun ini hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Camp Nou pada penghujung musim, dan komen terbaru yang dibuatnya itu mungkin merancakkan lagi spekulasi yang bertiup kencang.

“Saya sama seperti dia (Pique),” katanya. “Saya gemar membawa bola dari kawasan belakang (bawah).

“Saya cukup kuat bertahan dan seperti Gerard, saya juga bermula sebagai pemain tengah.

“Gaya permainan Ajax hampir sama dengan corak Barcelona. Menggunakan taktikal sistem pertahanan yang kuat, suka memberi tekanan dan penguasaan bola yang cukup dominan,”

Semalam, Barcelona dilaporkan sudah bersedia untuk berunding dengan ejen De Ligt, Mino Raiola, mengenai tawaran perpindahan.

Kelab juara itu berkata, mereka agak ‘terdesak’ untuk melengkapkan rundingan kerana Samuel Umtiti kini dilanda kecederaan.

Disiarkan pada: December 1, 2018 @ 2:12pm
d