arena

PSG gusar Neymar cedera

Oleh AFP

 

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) sekali lagi gusar terhadap kecergasan Neymar selepas bintang Brazil itu mengalami kecederaan pangkal paha ketika menentang Bordeaux sejurus sebelum tandukan Andreas Cornelius mengakhiri permulaan sempurna buat juara Perancis itu di musim Ligue 1.

Neymar digantikan pada minit ke-57 ketika seri 2-2 di Stadium Matmut Atlantique yang menyaksikan dia menjaringkan gol pembukaan dan tampak berada dalam prestasi terbaik sebelum terpaksa ke bilik persalinan dengan kecederaan itu kelihatan lebih kurang sama yang hampir menyebabkan dia tidak dapat menjaringkan gol penting ketika menewaskan Liverpool 2-1 pada Rabu lalu.

“Saya tak tahu langsung (apa kecederaan yang dihadapi). Kami perlu berwaspada, dia kata ia bukanlah masalah untuk bermain malam ini tetapi apa yang berlaku di padang adalah sukar dan saya berharap dia akan berada dalam keadaan baik selepas Starsbourg,” kata jurulatih PSG, Thomas Tuchel merujuk kepada perlawanan hidup mati dalam Liga Juara-Juara kepada Red Star Belgrade dalam masa sembilan hari lagi.

Pendahulu Ligue 1 yang memenangi kesemua 14 perlawanan liga sebelum keputusan seri itu, perlu menunggu hingga ke minit terakhir untuk melihat jika Neymar dan rakan penyerang, Kylian Mbappe bersedia menentang Reds yang kini berdepan saingan sukar bagi kelayakan ke 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Kedua-dua pemain itu meletakkan PSG di hadapan awal pagi tadi Jimmy Briand dan Cornelius memastikan Bordeaux muncul pasukan Perancis pertama menyekat rekod cemerlang pendahulu itu musim ini.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak akan memperlahankan rentak PSG dalam merebut gelaran apabila mereka masih jauh mendahului dengan perbezaan 14 mata di depan pencabar terdekat, Montpellier yang mengambil kesempatan terhadap Lyon yang seri 2-2 kepada Lille, untuk berada di tempat kedua dengan pasukan itu mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas pasukan bimbingan Thierry Henry, Monaco, Sabtu lalu.

Musuh PSG, Marseille pula seri tanpa jaringan ketika menentang Reims bagi kekal di tempat kelima liga.  

 

Disiarkan pada: December 3, 2018 @ 8:24am
d