arena

4 pasukan buru 2 slot final

Oleh AFP

DUBLIN: England akan berdepan Belanda untuk mencari tempat ke final Liga Negara-Negara manakala tuan rumah Portugal berdepan Switzerland dalam satu lagi pertembungan separuh akhir selepas undian sebentar tadi di Dublin.

Portugal dan Switzerland akan bertemu di Porto pada 5 Jun manakala with England dan Belanda bermain di Guimaraes pada 6 Jun.

Bagi playoff tempat ketiga dan final akan berlangsung pada 9 Jun, dengan saingan terakhir akan berlangsung di Porto.

Semua empat pasukan layak ke kejohanan baharu UEFA itu – yang dibentuk bagi menggantikan perlawanan persahabatan antarabangsa yang tidak memberi makna – dengan memenangi saingan tiga pasukan liga teratas itu.

England bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Croatia 2-1 di Wembley bulan lalu dan naik dari kedudukan terbawah ke persada mengatasi Sepanyol.

Belanda juga memerlukan gol lewat untuk menyingkirkan juara dunia, Perancis dengan dua gol pada minit terakhir untuk seri 2-2 berdepan Jerman.

Switzerland bagaimanapun menampilkan kebangkitan terbaik apabila mengatasi defisit 2-0 berdepan Belgium untuk menang 5-2 pada saingan terakhir kumpulan.

Juara Eropah, Portugal tidak kalah dalam empat perlawanan berdepan Poland dan Itali bagi memastikan penghormatan selaku tuan rumah kejohanan.

Disiarkan pada: December 3, 2018 @ 11:17pm
d