arena

Kalau boleh nak kekal di STAR

Oleh Asrol Awang

KUANTAN: Pengendali FELDA United FC, Mohd Nidzam Jamil akan memastikan kelab itu kekal beraksi di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka, Maran bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, stadium yang mempunyai prasarana terbaik itu menjadi sumber inspirasi The Fighters dalam mengharungi Liga M musim 2019. “Dengan kemudahan serba lengkap dan memiliki penyokong di kalangan warga peneroka FELDA sendiri, adalah lebih baik The Fighters kekal beraksi di STAR.

“Bagi saya, STAR lambang kerja keras peneroka dan ia juga rumah FELDA United untuk melakar kejayaan. Namun, terpulang kepada pengurusan kelab untuk mengekalkan STAR sebagai stadium rasmi atau beralih ke stadium lain bagi mengharungi Liga M musim 2019,” katanya.

Difahamkan, pengurusan FELDA United kemungkinan mencari stadium baharu di sekitar Lembah Klang sebagai stadium rasmi bagi saingan Liga M musim hadapan. Bagaimanapun, keputusan muktamad masih belum diputuskan bagi kerana difahamkan ia bagi mengurangkan kos.

Stadium bernilai RM92 juta itu dibuka secara rasmi pada 15 Disember 2015 yang boleh memuatkan kira-kira 25,000 penonton. Antara kemudahan disediakan termasuk padang rumput tiruan, bilik persalinan, ruang parkir yang luas dan gimnasium.

Disiarkan pada: December 4, 2018 @ 12:30pm
d