arena

Ozil tak cergas lagi

Oleh AFP

LONDON: Mesut Ozil terlepas empat aksi Arsenal baru-baru ini dan dia mungkin sekali lagi tidak akan bersama The Gunners ketika melayan kunjungan Huddersfield, esok.

Pemain tonggak berusia 30 tahun itu mengalami masalah di bahagian belakang badan dan pengurus pasukan, Unai Emery memberi bayangan yang dia mungkin melepasi tahap kecergasan sekiranya hadir sesi bersama fisioterapi tanpa sebarang kecederaan.

Pemain Jerman itu dilihat menjalani latihan di padang semalam 'berlari dan mengawal bola', kata Emery dalam satu sidang media.

Namun andai Ozil diberi lampu hijau untuk kembali, tidak ada jaminan yang Emery akan menyenaraikan pemain termahal kelab itu, biarpun di bangku simpanan.

Emery seakan sudah memutuskan yang dia mampu mencetuskan sesuatu tanpa bekas pemain Jerman itu dalam merombak skuad yang seperti sukar untuk mencipta kejuaraan di bawah kendalian Arsene Wenger, sebelum ini.

Pengendali dari Perancis itu menjadi punca kepada gandaan bayaran sebanyak 350,000 pound (RM1.8 juta) seminggu, kontrak lanjutan tiga tahun buat Ozil hanya tiga bulan sebelum meletak jawatan selaku pengurus.

Ketiadaan Ozil dalam kesebelasan utama pada perlawanan menentang Bournemouth 25 November lalu adalah satu isyarat jelas yang tidak dapat dinafikan daripada pandangan dunia.

Penjelasan Emery juga sukar untuk difahami: Ozil diletakkan di bangku simpanan, dan diletakkan di sana untuk keseluruhan perlawanan di Bournemouth kerana pengurusnya berasakan pemainnya itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan tahap 'fizikal dan kesungguhan' seteru Gunners.

Disiarkan pada: December 7, 2018 @ 11:27am
d