arena

Awal lagi e-sports sertai Olimpik: IOC

Oleh Reuters

BERLIN: Sebarang perbincangan untuk memasukkan e-sports sebagai acara pingat pada Sukan Olimpik masih terlalu awal kerana struktur industri permainan elektronik itu sendiri, kata Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

E-sports, sisi kompetitif permainan elektronik, mempunyai sekitar 250 juta pemain di seluruh dunia dalam pasaran bernilai AS$1 bilion (RM4.16 juta) setahun dan semakin berkembang pesat.

Tahun lalu IOC mengiktiraf e-sports sebagai aktiviti sukan dan ia akan menjadi acara pingat pada Sukan Asia 2022.

Ia tampil buat kali pertama pada temasya sukan itu sebagai sukan demonstrasi di Sukan Asia Jakarta-Palembang baru-baru ini.

Namun badan Olimpik itu berkata, faktor ketidakpastian dalam industri kekal menjadi penghalang kepada kemasukan sukan itu ke dalam acara pingat Olimpik.

“Sesetengah permainan e-sports tidak bersesuaian dengan nilai Olimpik dan kerana itu kerjasama dengan mereka dikecualikan,” kata IOC.

“Industri ini dijana atas faktor komersial, sedangkan pertubuhan sukan sebenar adalah berasaskan nilai tertentu.

“Atas sebab itu, perbincangan untuk memasukkan e-sports sebagai acara pingat Olimpik adalah terlalu awal.”

Disiarkan pada: December 9, 2018 @ 1:25pm
d