arena

'Live' final Piala AFF di Arena Axiata  

Oleh Jumiati Rosly

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi peluang kepada mereka yang gagal mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala AFF, malam esok untuk menyaksikannya beramai-ramai di Arena Axiata, Bukit Jalil, secara percuma.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata beliau bersimpati terhadap mereka yang tidak dapat membeli tiket itu biarpun beratur buat tempoh yang lama.

"Perkara seperti ini tidak separtutnya berlaku. Pihak KBS bersedia untuk membantu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang.

"Sementara kita menyiasat dan mencari jalan penyelesaian jangka masa panjang bersama FAM, pihak KBS dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan membuka Arena Axiata di sebelah Stadium Nasional untuk tayangan secara langsung buat rakyat Malaysia," katanya menerusi Instagram, hari ini.

Tayangan secara langsung perlawanan akhir Malaysia bertemu Vietnam itu akan bermula pada jam 8 malam dan hanya 15,000 penonton dibenarkan memasuki Arena Axiata.

  • Lagi berita Piala AFF
  •  

     

    Disiarkan pada: December 10, 2018 @ 4:33pm
    d