arena

Russia yakin beraksi di Olimpik Tokyo

Oleh AFP

MOSCOW: Russia "pasti' dibenarkan bertanding di Sukan Olimpik akan datang, selepas usaha berterusan dilakukan menentang kes doping, menurut Jawatankuasa Olimpik Russia, Stanislav Pozdnyakov.

"Kami berterusan berusaha meningkatkan kesedaran doping di Russia dan memberikan pendidikan mengenainya," katanya.

"Saya pasti semua usaha mengenai perkara ini akan membolehkan atlet Olimpik Russia menyertai temasya Olimpik seterusnya."

Tokyo, Jepun dijadual menjadi tuan rumah Olimpik pada 2020.

Pozdnyakov berkata demikian ketika hadir meninjau program latihan atlet Russia untuk bersaing di Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Russia dilarang bertanding di Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang pada Februari 2018, dengan pihak antarabangsa percaya Russia membenarkan penggunaan bahan terlarang terhadap atlet mereka.

Pasukan dari Agensi Anti Doping Dunia (WADA) ke Moscow minggu ini bagi menjalankan audit terhadap agensi anti doping Russia (RUSADA).

Pozdnyakov dipilih mengetuai Jawantankuasa Olimpik Russia pada Mei dan mahu mengembalikan kepercayaan susulan skandal doping dalam sukan di negara itu.

Disiarkan pada: December 13, 2018 @ 1:59pm
d