arena

RM56,900 harga jersi Maradona

Oleh AFP

NAPLES, Itali: Jersi unik berwarna merah yang pernah disarung legenda bola sepak dunia, Diego Maradona dengan nombor sembilan di belakangnya dijual pada harga 12,000 euro (RM56,900) dalam majlis lelongan di Turin.

Hakikatnya, kelab Itali itu lebih sinonim dengan jersi biru muda ketika bekas bintang Argentina itu lebih dikenali menggunakan nombor 10, dan jersi itu (biru muda) turut dilelong pada harga 6,500 euro (RM30,800) di masjlis sama.

Jersi merah itu dipakai Maradano ketika aksi Serie A bertemu Pisa dalam kempen 1990-1991, sebelum nombor itu diserahkan kepada rakan sepasukannya Gianfranco Zola.

Sebanyak 222 barangan sukan dilelong pada majlis itu termasuk jersi pernah dipakai Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Zinedine Zidane, serta jersi kemenangan Eddy Merckx (basikal) dan pemain All Blacks, Richie McCaw's turut dibida di utara Itali itu.

Disiarkan pada: December 14, 2018 @ 11:20am
d