arena

Rossi sukar terima hakikat

Oleh Agensi

BARCELONA: Bos Honda, Alberto Puig berkata, penunggang Yamaha, Valentino Rossi seperti sukar menerima hakikat dia kini bukan lagi penunggang yang dihormati lawan.

Rossi dianggap legenda MotoGP dengan merangkul tujuh gelaran, tetapi masih belum dapat menambah koleksi kejuaraan sejak 2009.

Dia bersaing hebat dengan penunggang Honda, Marc Marquez yang mempamerkan dominasi apabila memenangi lima daripada enam gelaran MotoGP dan hampir merangkul gelaran pada 2015, apabila ketinggalan hanya lima mata untuk dimahkotakan kejuaraan buat kali kelapan.

Hubungan antara kedua-dua penunggang itu kekal tegang dan Puig yang bertindak sebagai bos pasukan di Honda sejak permulaan tahun ini, berkata beliau menganggap Rossi adalah dalang di sebalik kemelut itu.

“Valentino pernah menjadi penunggang hebat,” kata Puig kepada akhbar Sepanyol, La Vanguardia. “Saya hormati beliau.

“Pada umurnya (39 tahun), beliau masih mempunyai keinginan, bakat penunggang lain juga semakin meningkat dan dia tidak menerima hakikat apabila tidak dapat menang.

“Tetapi dia kini menempuhi saat sukar untuk menerima hakikat yang masanya sudah berakhir. Kadang kala cara yang digunakannya tidak betul. Suka atau tidak Marc kini nombor satu.” 

 

 

Disiarkan pada: December 17, 2018 @ 2:24pm
d