arena

Dollah hanya buru awang import

Oleh Asrol Awang

KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh mengesahkan tiada pemain luar tempatan akan menyarung jersi skuad itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, beliau masih percaya dengan prestasi dan komitmen pemain tempatan yang beraksi bersama skuad Tok Gajah musim ini. “Saya boleh sahkan tiada pemain luar tempatan akan bersama Tok Gajah musim 2019 kerana pemain sedia ada mampu memberikan sumbangan. Sebaliknya, dua pemain Piala Presiden Pahang musim ini menyertai Pahang yang dilihat memberi mereka peluang untuk membantu pasukan senior.

“Oleh itu, saya mengharapkan semua pemain dapat mempamerkan prestasi terbaik mereka dalam memburu kejuaraan,” katanya.

Dollah berkata, tumpuannya adalah untuk menyenaraikan pemain import selepas skuad itu melepaskan tiga pemain import iaitu Patrick Cruz, Austin Amutu dan Issey Nakajima.

Katanya, setakat ini, posisi penyerang dan tengah menjadi pilihan dalam usaha memperkasakan jentera serangan.

“Pilihan hanya dua iaitu pemain import yang beraksi di posisi serangan dan tengah tetapi saya tidak menolak kemungkinan menyenaraikan pertahanan import,” katanya.

Musim ini, skuad Tok Gajah menjulang Piala FA dan menduduki tangga keempat Liga Super manakala terkandas di suku akhir Piala Malaysia.

Disiarkan pada: December 18, 2018 @ 12:47pm
d