arena

Rumah Choupo-Moting kena pecah lagi

Oleh AFP

PARIS: Rumah penyerang Paris Saint-Germain, Eric Maxim Choupo-Moting dipecah masuk pencuri buat kali kedua dalam tempoh sebulan, menurut sumber polis tempatan.

Dalam kejadian sebelum ini, permata dan beg tangan bernilai lebih 500,000 euro (RM2.4 juta) dicuri ketika Choupo-Moting beraksi buat PSG menentang Liverpool dalam kempen Liga Juara-Juara.

Pemain kebangsaan Cameroon itu sekali lagi menjadi sasaran kelmarin, dengan pencuri dilaporkan memecah masuk pintu depan kediamannya di ibu kota Perancis sebelum melarikan diri kerana amaran penggera berbunyi.

Kapten PSG, Thiago Silva turut menjadi mangsa kecurian Sabtu lalu ketika dia membantu kelab meraih kemenangan 1-0 ke atas Nantes di Parc des Princes.

Pada Disember 2017, kediaman bekas jurulatih PSG, Unai Emery - yang kini bersama Arsenal - juga dipecah masuk ketika pasukannya menentang Strasbourg dalam saingan Piala Perancis.

Disiarkan pada: December 26, 2018 @ 7:33am
d