arena

Flores sertai Shanghai Shenhua

Oleh Agensi

SHANGHAI: Bekas pengurus Watford, Quique Sanchez Flores dilantik sebagai ketua jurulatih baru kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua.

Sanchez Flores, 53, mengemudi Watford menghuni tangga ke-12 Liga Perdana Inggeris serta separuh akhir Piala FA musim 2015-16.

Pengendali dari Sepanyol itu, yang pernah membimbing kelab seperti Benfica, Valencia dan Atletico Madrid, dipecat oleh Espanyol April lalu selepas hampir dua tahun.

Kelab barunya menghuni tangga ketujuh musim lalu, 30 mata di belakang juara Shanghai SIPG.

Kelab China itu sebelum ini pernah dikendalikan oleh Gus Poyet, Nicolas Anelka dan Howard Wilkinson.

Disiarkan pada: December 26, 2018 @ 7:53am
d