arena

Musim terakhir Rafinha

Oleh Agensi

MUNICH: Pertahanan Bayern Munich, Rafinha berkata, dia menjangkakan akan meninggalkan gergasi Jerman itu sebaik kempen 2018/19 melabuhkan tirainya.

Rafinha, 33, menyertai Bayern daripada kelab Itali, Genoa pada 2011 dan  seperti Arjen Robben dan Franck Ribery, dia turut menandatangani kontrak lanjutan pada musim panas lalu.

Robben, 34, sudahpun mengesahkan sebelum ini bahawa dia akan meninggalkan kelab pada akhir musim ini, manakala Ribery, 35, turut berada dalam tahun terakhir kontraknya.

“Kitaran hayat saya di Bayern sudah sampai ke penghujungnya,” kata Rafinha kepada SporTV. “Macam-macam boleh berlaku untuk enam bulan seterusnya.”

Rafinha yang pernah beraksi buat Schalke antara 2005-2010 sudah membuat 250 penampilan untuk Bayern.

Pemain Brazil itu memenangi 16 gelaran sepanjang kariernya di sini termasuk trofi treble Bundesliga, Liga Juara-Juara dan Piala Jerman bagi musim 2012/13.

“Dengan Philipp Lahm di depan saya, saya sering berkata bahawa saya berhak dihadiahkan pingat kerana berupaya membuat lebih 200 kemunculan buat Bayern,” kata Rafinha pada 2017 sejurus Lahm bersara.

Walaupun peluangnya mendapat aksi agak terhad dengan kemunculan Joshua Kimmich, Rafinha tetap mendapat manfaat daripada kebolehan beraksi di posisi pertahanan kanan dan kiri, untuk membuat 54 penampilan sepanjang satu musim setengah, termasuk 15 perlawanan kempen ini.

Rafinha menyumbat gol ke-12 Bundesliga dan yang keenam untuk Bayern ketika membantu pasukannya mengatasi Eintracht Frankfurt 3-0 sebelum menuju rehat musim sejuk.  

 

Disiarkan pada: December 31, 2018 @ 10:13am
d