arena

'Kami perlu baiki pertahanan'

Oleh AFP

LONDON: Pengurus Arsenal, Unai Emery gembira dengan gaya permainan menyerang pasukannya selepas kemenangan 4-1 malam tadi mengatasi Fulham namun mengakui masih banyak perlu diperbaiki pertahanannya.

Keputusan itu menunjukkan kemenangan mudah mengatasi Fulham yang beraksi buruk seperti mereka selalu lakukan tetapi ituah yang diperlukan skuad Emery untuk mengembalikan keyakinan selepas dibelasah 5-1 oleh Liverpool.

Namun Emery tahu keputusan itu tidak menceritakan keseluruhannya.

Ryan Sessegnon terlepas dua peluang baik untuk memberikan pelawat kelebihan pada 20 minit pertama dan ia adalah ujian buat Arsenal.

Sebaliknya pertahanan longgar Fulham memberikan Granit Xhaka peluang menjaringkan gol hasil hantaran Alex Iwobi selepas 25 minit dan Arsenal jelas tidak bermasalah selepas itu.

“Cabaran kami sekarang ialah untuk memperbaiki pertahanan,” kata Emery. “Hari ini pertama kali kami boleh menggunakan Sokratis, (Skhodran) Mustafi dan (Laurent) Koscielny.

“Kami gembira dengan pemain serangan, menjaringkan banyak gol seperti hari ini.

“Tapi kami perlu lebih seimbang di bahagian pertahanan, kami perlu bekerja keras, untuk bersedia menghadapi babak kedua musim dan kami perlu lebih baik secara taktikal dan kami akan melakukannya.”

Tiga pertahanannya bagaimanapun dibayangi kecederaan apabila Mustafi dikeluarkan kerana hamstring.

Berbanding menggantikannya dengan Stephan Lichtsteiner, Emery mengubah formasi dan kembali menggunakan empat pertahanan yang menunjukkan dia mula mencari keseimbangan daripada taktikal.

Emery menyatakan kemungkinan dia perlu mendapatkan pemain bulan ini apabila sesi perpindahan dibuka.

“Bukan mudah untuk meningkatkan pasukan kami dalam pasaran tetapi kelab sudah berusaha. Mungkin kami boleh mendapatkan satu atau dua pemain,” kata pengendali berusia 47 tahun dari Sepanyol itu.

Disiarkan pada: January 2, 2019 @ 9:59am
d