arena

Pulisic masuk Chelsea

Oleh Reuters

CHELSEA menandatangani Christian Pulisic dari Borussi Dortmund tetapi perancang dari Amerika Syarikat itu akan menghabiskan baki musim ini secara pinjaman di kelab Bundesliga itu, kata kelab Jerman itu hari ini.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu membayar 64 juta euro (RM302.9 juta) untuk pemain 20 tahun itu.

“Ia memang menjadi impian besar Christian untuk beraksi di Liga Perdana,” kata pengarah sukan Dortmund Michael Zorc.

“Ia berkaitan dengan asal usulnya dari Amerika dan atas sebab itu kami tidak mampu untuk melanjutkan kontraknya.

“Disebabkan latar belakang ini dan kontraknya yang akan tamat pada tahun 2020, kami memutuskan untuk menerima tawaran lumayan Chelsea.” – REUTERS

Disiarkan pada: January 2, 2019 @ 6:33pm
d