arena

Mat Jones cedera lagi...

Oleh Agensi

MANCHESTER: Phil Jones mengalami kecederaan di dahi ketika membantu Manchester United mencatat kemenangan 2-0 ke atas Reading pada saingan Piala FA, malam tadi.

Pemain pertahanan itu mengalami kecederaan ketika mencabar penyerang Reading, Danny Loader sekaligus menyaksikannya kepalanya terhentak ke padang.

Kesan merah dapat dilihat di dahi Jones selepas tamat perlawanan, ketika skuad United bersedia untuk berlepas ke Dubai untuk kem latihan.

Di sebalik kecederaan yang menimpanya itu, United mempamer aksi cemerlang menyingkirkan lawan mereka dan melangkah ke pusingan keempat Piala FA.

Sepakan penalti Juan Mata yang diberikan pengadil selepas ulang tayang video bantuan pengadil (VAR) serta gol sumbangan Romelu Lukaku sudah cukup untuk United melakar kemenangan.

Jones adalah antara seorang pemain yang memenangi Piala FA pada 2016 dan kerap berdepan dengan rentetan kecederaan.

Ketika bertemu Arsenal pada Mei 2015, Jones menggunakan kepalanya untuk menjaringkan gol selepas terjatuh ketika bersaing dengan Olivier Giroud.

Disiarkan pada: January 6, 2019 @ 10:35am
d