arena

'Saya yakin Liverpool juara...'

Oleh Agensi

LONDON: Bekas pengurus Manchester United, Louis Van Gaal yakin Liverpool bakal merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Meskipun Manchester City menewaskan The Reds 2-1 pada perlawanan Jumaat lalu, beliau yakin pengurus Liverpool, Jurgen Klopp masih mengatasi rakan sejawatannya, Pep Guardiola.

“Jadi, jika saya meletakkan taruhan duit ke atas satu kelab pilihan bagi liga, ia adalah Liverpool,” kata Van Gaal, menurut The Mirror.

Walaupun beliau merasakan Liverpool akan merangkul kejuaraan pada Mei nanti, namun Van Gaal berkata, Manchester City sebenarnya mempunyai pemain yang lebih baik.

“Liverpool kini mempunyai asas kualiti tertinggi berkaitan pemain. Hakikatnya, pemain berkualiti tertinggi ada di City.”

City menjaringkan gol terbanyak di liga setakat ini buat musim ini. Mereka menjaringkan 56 gol berbanding 49 jaringan oleh Liverpool.

“Tetapi, pada masa yang sama, ini adalah kelemahan Guardiola,” kata Van Gaal. “Beliau hanya membimbing pasukannya supaya lebih mantap daripada aspek serangan. Itu kebiasaannya.

“Ketika pasukan perlu bertahan, mereka kelihatan teruk. Liverpool adalah sebuah pasukan di mana mereka boleh bertahan lebih baik.”

Liverpool kekal di kedudukan teratas liga dengan mengumpul 54 mata hasil 49 jaringan dan bolos paling sedikit dengan 10 gol.

City pula di kedudukan kedua (50 mata) dengan 56 jaringan tetapi melepaskan 17 gol setakat ini.

Disiarkan pada: January 6, 2019 @ 10:43am
d