arena

Arsenal bakal berdepan United

LONDON: Saingan Piala FA bakal menemukan antara dua pasukan paling berjaya dalam saingan berprestij ini seawal pusingan keempat, apabila Arsenal dijadualkan menjadi tuan rumah kepada Manchester United di peringkat 32 terakhir.

Pusingan keempat itu juga menyaksikan juara Liga Perdana, Manchester City berdepan Burnley di laman sendiri, manakala Tottenham bakal berkunjung sukar ke Crystal Palace.

Penyandang juara Piala FA, Chelsea dilihat mempunyai peluang lebih baik apabila dijadualkan melayan Sheffield Wednesday atau Luton yang terpaksa beraksi di Stamford Bridge

Wolves yang menyingkirkan Liverpool 2-1 sebentar tadi akan menanti pemenang antara Shrewsbury atau Stoke City. 

Pertarungan itu dijadualkan berlangsung antara 25 dan 28 Januari ini.

INFO: KEPUTUSAN UNDIAN PIALA FA

 

Swansea lwn Gillingham

AFC Wimbledon lwn West Ham

Shrewsbury atau Stoke lwn Wolves

Millwall lwn Everton

Brighton v West Brom

Bristol City lwn Bolton

Accrington lwn Derby atau Southampton

Doncaster lwn Oldham

Chelsea lwn Sheffield Wednesday atau Luton

Newcastle atau Blackburn lwn Watford

Middlesbrough lwn Newport

Manchester City lwn Burnley

Barnet lwn Brentford

Portsmouth lwn QPR

Arsenal lwn Manchester United

Crystal Palace lwn  Tottenham

 

Disiarkan pada: January 8, 2019 @ 7:25am
d