arena

Tolisso kembali ceriakan Bayern

Oleh AFP

PARIS: Bayern Munich menerima berita gembira apabila pasukan itu mengumumkan pemain tengah dari Perancis, Corentin Tolisso semakin pulih daripada kecederaan lutut dan bakal kembali beraksi pada pada Mac ini.

Pemain berumur 24 tahun yang berjaya merangkul Piala Dunia 2018 itu kerap diturunkan dalam kesebelasan utama kelab gergasi Jerman berkenaan, sebelum mengalami kecederaan lutut pada September lalu.

Laporan akhbar Jerman hari ini menyebut Colisso sudah kembali menjalani latihan dan mula belari.

“Rasanya, kami akan saksikan kembalinya Tolisso pada Mac, yang mana lebih awal daripada jangkaan,” kata jurulatih Bayern, Niko Kovac.

Selepas bermula buruk musim ini, Bayern kini berada di kedudukan kedua Bundesliga di belakang Dortmund.

“Kami hanya ketinggalan enam mata dan kami perlu mengejarnya secepat mungkin. Kami adalah pemburu. Kami mahu meningkatkan tekanan kepada Dortmund dan perbaiki apa yang boleh apabila kembali semula,” kata Kovac.

Bayern memenangi setiap gelaran Bundesliga sejak musim 2013 dan memenangi kesemua lima perlawanan liga pada bulan lalu untuk memberikan tekanan kepada lawan.

“Serge Gnabry dan James Rodriguez juga akan kembali bersama pasukan. Mats Hummels juga semakin baik. Kami perlu melalui setiap hari bersama Arjen Robben,” katanya.

Disiarkan pada: January 8, 2019 @ 10:30am
d