arena

Karolina langkah kanan

Oleh AFP

MELBOURNE: Pilihan ketujuh, Karolina Pliskova menewaskan rakan sneegara dari Republik Czech, Karolina Muchova 6-3, 6-2 untuk mara ke pusingan kedua tenis Terbuka Australia, hari ini. 

Pemain berusia 26 tahun itu hanya memerlukan 69 minit untuk mengecewakan rakannya itu. 

"Ia satu permulaan yang baik. Saya gembira tidak perlu menghabiskan banyak masa di dalam gelanggang," katanya. 

"Saya tidak tahu kenapa, tetapi saya sentiasa bermain dengan baik di sini (Australia)." 

Karolina mara sehingga ke suku akhir pada dua penampilan terakhirnya di Melbourne Park dan menyertai saingan kali ini dengan semangat yang tinggi selepas memenangi kejohanan pemanas badan, Antarabangsa Brisbane.

Penampilannya di kejohanan bertaraf Grand Slam sering dilihat sekadar mara ke minggu kedua sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun masih gagal mengecapi kejuaraan.

Dia hanya mampu bersaing di pentas ke suku akhir atau lebih baik sebanyak enam kali sejak akhir tahun 2016. Kali ini, Karolina mengharapkan dia lebih bertuah untuk memburu gelaran sulung Grand Slam.

 

 

Disiarkan pada: January 15, 2019 @ 1:20pm
d