arena

Mick Schumacher sertai akademi Ferrari

Oleh BBC

MICK Schumacher, anak legenda perlumbaan Formula Satu (F1) Michael Schumacher menyertai akademi pemandu Ferrari, menurut sumber rapat kepada pasukan itu.

Pemandu berusia 19 tahun itu beraksi dalam musim pertama bersama pasukan pendahulu Formula 2, Prema dan saingan itu adalah peringkat terakhir sebelum menyertai Formula 1.

Sebahagian perjanjian itu menyatakan Mick Schumacher akan melalui dua sesi ujian bersama Ferrari musim ini.

Bapanya, Michael Schumacher muncul juara F1 sebanyak tujuh kali dengan lima gelaran bersama Ferrari.

Ferrari bagaimanapun tidak membuat pengumuman rasmi perjanjian bersama Mick.

Pasukan Itali itu memberitahu minat mereka untuk mendapatkan Mick menyertai akademi Ferrari.

Sehingga kini, masih belum ada perkembangan terbaru selepas dia melalui ujian Formula 1 bersama mereka di Abu Dhabi pada November lalu.

Mick menjulang gelaran Formula 3 Eropah pada percubaan kedua tahun lalu.

Beberapa pelumba akademi Ferrari menyertai F1 adalah Charles Leclerc bergandingan bersama Sebastian Vettel untuk mengharungi saingan musim ini dan pemandu baru pasukan Sauber, Antonio Giovinazzi.

Disiarkan pada: January 16, 2019 @ 5:39pm
d