arena

'FELDA layan 4 import je...'

Oleh Asrol Awang

KUANTAN: Skuad FELDA United FC yang kembali ke Liga Super hanya menyenaraikan empat pemain import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. 

Pengesahan itu diumumkan pengendali The Fighters, Mohd Nidzam Jamil yang percaya skuad itu mampu memberikan tentangan biarpun kuota yang dibenarkan lima pemain import. 

"Saya sahkanThe Fighters hanya menyenaraikan empat import musim ini.  Setakat ini, khidmat Thiago Aquino yang beraksi bersama pasukan musim lalu kekal bersama The Fighters dan baki tiga lagi pemain akan diumumkan kemudian. 

"Saya yakin pemain tempatan dapat mempamerkan prestasi terbaik mereka biarpun ada dalam kalangan mereka baru kali pertama beraksi di Liga Super," katanya. 

Difahamkan, The Fighters akan menyenaraikan seorang pemain Asia dan dua lagi pemain dari Amerika Selatan. 

Namun, pengalaman luas penjaga gol, Norazlan Razali serta pemain senior seperti Christie Jayaseelan diyakini dapat membantu memperkasakan cabaran pasukan selain kehadiran tiga pemain muda iaitu Hadin Azman serta pemain B-23 negara,  Danial Amier Norhisham dan Zahril Azri.

Disiarkan pada: January 17, 2019 @ 12:59pm
d