arena

United raih kemenangan ketujuh di bawah Solskjaer

Oleh Reuters

LONDON: Manchester United meneruskan rentak sempurna di bawah pengendali sementara, Ole Gunnar Solskjaer kepada tujuh kemenangan dalam kesemua perlawanan apabila menumbangkan Brighton 2-1, malam tadi.

Kemenangan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu melonjakkan United ke tangga kelima dengan 44 mata daripada 23 perlawanan, melebihi tiga mata berbanding penghuni tangga keenam, Arsenal.

Arsenal boleh merampas kembali kedudukan itu jika menewaskan Chelsea, dalam satu pertembungan, hari ini.

Dalam aksi tadi, United meledak dua gol awal menerusi jaringan Paul Pogba dan Marcus Rashford pada babak pertama permainan.

Bagaimanapun, prestasi tuan rumah dilihat agak menurun selepas itu dan berada dalam keadaan cemas apabila Pascal Gross menjaringkan gol buat Brighton.

Pogba membuka tirai jaringan pada minit ke-27 menerusi sepakan penalti, manakala Rashford yang membuat penampilan ke-150 bersama United, menjadikan keputusan kepada 2-0 pada babak pertama.

Gross mengurangkan defisit pada minit ke-72.

Disiarkan pada: January 20, 2019 @ 1:36am
d