arena

IAAF 'bebas' 42 atlet Russia

Oleh AFP

PARIS: Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) membenarkan 42 atlet Russia untuk kembali menyertai kejohanan antarabangsa namun di bawah bendera berkecuali dan tidak mewakili Russia.

Badan induk olahraga dunia itu menggantung Russia pada November 2015 kerana bukti doping namun atlet Russia dibebaskan oleh IAAF boleh bertanding sebagai neutral.

“Badan Reviu Doping IAAF bersetuju permohonan 42 atlet Russia itu memenuhi kriteria yang melayakkan mereka bertanding di kejohanan antarabangsa sebagai atlet neutral pada 2019,” kata IAAF hari ini.

“Proses permohonan bagi atlet bertanding di kejohanan antarabangsa sebagai neutral pada 2019 sudah dibuka pada Disember 2018. Badan Reviu Doping memberi keutamaan, sebaik mungkin, permohonan daripada atlet yang mahu bertanding dalam musim kejohanan tertutup pada masa ini.”

Antara atlet terbabit adalah juara lompat tinggi wanita dunia dua kali, Maria Lasitskene, juara 110m berpagar lelaki dunia 2015, Sergey Shubenkov dan pemenang pingat perak lompat bergalah lelaki Kejohanan Eropah, Timur Morgunov.

Disiarkan pada: January 22, 2019 @ 2:27pm
d