arena

Bassam bantu Qatar mara

Oleh Reuters

ABU DHABI: Qatar menyingkirkan Iraq pada suku akhir Piala Asia awal pagi tadi apabila sepakan percuma mengagumkan sumbangan anak lelaki bekas pemain kebangsaan Iraq memberikan mereka kemenangan 1-0 di Stadium Al Nahyan.

Bassam Al-Rawi, bapanya Hisham beraksi bersama Iraq pada 1990-an, meledak gol pada minit ke-62 untuk memenangi aksi hambar buat tuan rumah Piala Dunia 2022 itu dan mencipta pertembungan dengan Korea Selatan di Bandar Sukan Zayed, Jumaat ini.

Iraq, juara 2007, beraksi bermati-matian namun menerima padah apabila gagal menyudahkan peluang mereka sekali gus gagal ke suku akhir kejohanan peringkat benua itu buat kali pertama sejak 1972.

“Saya fikir ia satu persembahan hebat daripada kedua-dua pasukan,” kata jurulatih Qatar, Felix Sanchez.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pemain saya kerana persembahan mereka menentang satu daripada pasukan terbaik pada kejohanan ini.”

Berikutan situasi politik semasa dan pertikaian ekonomi antara Emiriah Arab Bersatu dan Qatar, Iraq mendapat sokongan penuh majoriti 14,000 penonton yang langsung tidak menyokong Maroons.

“Saya fikir perlawanan ini seimbang,” kata jurulatih Iraq, Srecko Katanec.

“Kami memberi tekanan, kami menyerang tapi tidak menjaringkan gol. Pemain sudah memberikan segala-galanya. Inilah bola sepak.”

Disiarkan pada: January 23, 2019 @ 8:33am
d