arena

Bale kembali sertai latihan

Oleh AFP

MADRID: Gareth Bale semakin hampir untuk kembali selepas pulih daripada ketegangan di bahagian betis, kata jurulatih Real Madrid, Santiago Solari.

Bale tidak bermain sejak mengalami kecederaan betis berdepan Villarreal pada 3 Januari tetapi pemain Wales itu sudah menyambung latihan ringan minggu ini.

“Toni Kroos, Marcos Llorente, Mariano Diaz, Marco Asensio dan Gareth Bale semakin hampir untuk kembali, begitu juga Keylor Navas,” kata Solari pada sidang akhbar hari ini.

“Mereka semua adalah pemain penting untuk skuad jadi kami amat gembira.”

Madrid akan menentang Girona Khamis ini pada pusingan pertama suku akhir Copa del Rey sebelum berdepan Espanyol dalam saingan La Liga pada Ahad.

Solari berharap Bale akan cergas sepenuhnya bagi saingan tetangga menentang Atletico Madrid pada 9 Februari manakala pertembungan Liga Juara-Juara menentang Ajax akan berlangsung empat hari kemudian.

Disiarkan pada: January 24, 2019 @ 12:04am
d