arena

Stosur, Zhang juara beregu Terbuka Australia

Oleh AFP

MELBOURNE: Pasangan bukan pilihan Samantha Stosur dan Zhang Shuai muncul juara acara beregu wanita Terbuka Australia hari ini sekali gus gelaran Grand Slam pertama mereka di Melbourne Park.

Gandingan pemain Australia dan China itu mengatasi cabaran pilihan kedua Timea Babos dari Hungary dan Kristina Mladenovic dari Perancis yang juga juara tahun lalu dengan 6-3, 6-4 di Arena Rod Laver.

"Hari ini mimpi menjadi nyata buat kami,” kata Zhang yang menjuarai acara beregu Grand Slam buat kali pertama.

Stosur pula berkata: "Shuai, saya gembira dan bangga dapat bergandingan dengan anda, kami mempunyai semangat setiakawan yang hebat.”

Kejayaan Slam itu adalah pertama kali buat mereka dalam acara beregu walaupun Stosur pernah menjuarai Terbuka AS 2005 danTerbuka Perancis 2006 ketika bergandingan dengan Lisa Raymond yang mengumpul 20 gelaran keseluruhan. t

Dalam laluan ke final, Stosur dan Zhang mengejutkan juara bertahan Terbuka Perancis dan Wimbledon, Barbora Krejcikova dan Katerina Siniakova.

Disiarkan pada: January 25, 2019 @ 5:06pm
d