arena

United setuju Fellaini ke Shandong

Oleh Reuters

LONDON: Manchester United bersetuju dengan kelab Liga Super China, Shandong Luneng bagi perpindahan pemain tengah Marouane Fellaini, namun ia mungkin tertangguh ketika pasaran perpindahan China ditutup hingga 28 Februari depan, lapor media Britain.

Fellaini kerap menikmati aksi utama di bawah kendalian bekas pengurus United, David Moyes, Louis van Gaal dan Jose Mourinho yang menggunakannya sebagai pembantu penyerang namun tidak begitu dipedulikan bos sementara Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain kebangsaan Belgium itu mengikat kontrak dua tahun bersama United hingga 2020 pada Jun lalu.

Fellaini tiba pada 2013 apabila dibeli dengan harga £27.5 juta (RM148 juta) oleh Moyes, bekas bos Everton.

Fellaini menyertai Everton dari kelab Belgium, Standard Liege pada 2008.

Disiarkan pada: February 1, 2019 @ 1:46am
d