arena

Kami bukan nak gaduh la...

Oleh Aida Adilah Mat

MUSLIFAH Zulkifli tidak terlintas langsung untuk bergaduh dengan Institut Sukan Negara (ISN) mahupun Majlis Sukan Negara (MSN).

Baginya, perjuangan untuk membela atlet yang selama ini ditindas menjadi agenda dia dan dua rakan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Nur Suryani Taibi selepas mereka membawa kes saman ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan.

Tiga atlet menembak itu menerusi peguam bela Ahsa Advocates & Solicitors membawa kes saman terhadap ISN pada Oktober 2017 namun ditolak oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mereka yang digugurkan daripada Program Podium pada Februari 2017 bagaimanapun tidak menyerah kalah dan memperjuangkan kes memfailkan saman terhadap ISN untuk didengar ke Mahkamah Rayuan.

“Selepas hakim umumkan kes kami mempunyai merit untuk didengar di mahkamah, kami amat bersyukur.

“Kami akan berusaha hingga ke penghabisan. Kalah atau menang bukan isu tapi saya percaya kami berada di pihak yang benar justeru kami tidak sesekali mengalah.

“Biarpun kami tidak pernah terbayang benda ini terjadi kepada kami. Jika ditanya, kami sememangnya mahu terus mewakili negara hingga Olimpik Tokyo 2020 namun oleh kerana perkara yang berlaku membabitkan Program Podium dan ISN kami terpaksa melupakan hasrat itu,” katanya.

Disiarkan pada: February 1, 2019 @ 7:54pm
d